"Gila lelaki itu!"
Itulah yang terpacul dari mulut Midah, rakan baik Sahara.
Memang semua kenalannya memberikan reaksi spontan yang hampir sama.
Berita itu dirasakan terlalu memeranjatkan.
Rata-rata seolah cuba menunjukkan rasa simpati dengan keadaan yang dilaluinya sekarang. Tidak kurang juga yang tidak putus-putus memberikan kata semangat demi membuktikan mereka sentiasa di belakang Sahara.
"Memang gila. Dia tak fikirkan diri kau ke...famili lagi..semua dah buat persiapan. Dasar lelaki semua sama."
Midah melampiaskan rasa geramnya lagi.
Sahara faham, keadaan yang hampir sama pernah di lalui Midah.
Cuma yang mungkin membezakan perhubungan mereka masih belum diikat.
Perancangan untuk berkahwin masih belum dibuat.
Pasti kerumitannya kurang berbanding kesnya sekarang.
Sahara diam.
Tunduk.
'Benar Midah, lelaki itu memang gila. Sudahlah dicurinya hatiku suatu masa dulu, kini dicincang lumat pula hati itu tanpa belas kasihan, seolah aku tidak punya perasaan.'
Benarlah kata orang, cinta waktu didambakan pasti lebih harum dari bunga..
Jika tidak diperlukan lebih hina dari najis..
Datang tanpa dipinta..pergi dalam terpaksa.
Namun jauh di sudut hati.
Sahara sedar.
'Hati-hati manusia bukan hak mutlak kita.
Hati-hati kita, Tuhan yang pegang.
Inginkan hati itu? Pinta daripadanya.'
Pernyataan ingatan daripada salah seorang teman.
Bait-bait inilah pendokong keyakinan Sahara.
Sahara percaya padaNya.
"Habis..kau nak biarkan saja keputusannya?"
Midah bersuara lagi.
Jelas terpancar riak tidak puas hati di wajahnya.
Sesekali dicebikkan bibir menandakan protes.
Sahara tunduk lagi.
Diam lagi.
Lidahnya terasa kelu untuk menjawab pertanyaan Midah.
Bukannya tidak mahu. Tapi dirinya sendiri tidak punya jawapan untuk itu.
Ruang fikirannya terasa berserabut.
'Tuhan..tolong aku..' Sahara merintih dalam diam.
Monday, December 1, 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)