--------------------------------------------------------------------------------
Penulis merupakan seorang gadis biasa yang punya pengalaman2
yang pastinya membantu dalam penghasilan kisah di bawah.
Penulisan di blog ini merupakan percubaan penulis dalam menggarap rentetan
kisah kehidupan dan percintaan seorang insan yang bernama SAHARA.
Di harap, pengunjung sudi meninggalkan komen ikhlas.
Pasti penulis sgt berterima kasih di atas komen2 pengunjung sekalian...~ ^_^v
--------------------------------------------------------------------------------

Monday, December 1, 2008

plot tinta 2

"Gila lelaki itu!"

Itulah yang terpacul dari mulut Midah, rakan baik Sahara.
Memang semua kenalannya memberikan reaksi spontan yang hampir sama.
Berita itu dirasakan terlalu memeranjatkan.
Rata-rata seolah cuba menunjukkan rasa simpati dengan keadaan yang dilaluinya sekarang. Tidak kurang juga yang tidak putus-putus memberikan kata semangat demi membuktikan mereka sentiasa di belakang Sahara.

"Memang gila. Dia tak fikirkan diri kau ke...famili lagi..semua dah buat persiapan. Dasar lelaki semua sama."

Midah melampiaskan rasa geramnya lagi.

Sahara faham, keadaan yang hampir sama pernah di lalui Midah.
Cuma yang mungkin membezakan perhubungan mereka masih belum diikat.
Perancangan untuk berkahwin masih belum dibuat.
Pasti kerumitannya kurang berbanding kesnya sekarang.

Sahara diam.
Tunduk.


'Benar Midah, lelaki itu memang gila. Sudahlah dicurinya hatiku suatu masa dulu, kini dicincang lumat pula hati itu tanpa belas kasihan, seolah aku tidak punya perasaan.'



Benarlah kata orang, cinta waktu didambakan pasti lebih harum dari bunga..
Jika tidak diperlukan lebih hina dari najis..
Datang tanpa dipinta..pergi dalam terpaksa.

Namun jauh di sudut hati.
Sahara sedar.

'Hati-hati manusia bukan hak mutlak kita.
Hati-hati kita, Tuhan yang pegang.
Inginkan hati itu? Pinta daripadanya.'
Pernyataan ingatan daripada salah seorang teman.
Bait-bait inilah pendokong keyakinan Sahara.
Sahara percaya padaNya.


"Habis..kau nak biarkan saja keputusannya?"


Midah bersuara lagi.
Jelas terpancar riak tidak puas hati di wajahnya.
Sesekali dicebikkan bibir menandakan protes.

Sahara tunduk lagi.
Diam lagi.

Lidahnya terasa kelu untuk menjawab pertanyaan Midah.
Bukannya tidak mahu. Tapi dirinya sendiri tidak punya jawapan untuk itu.
Ruang fikirannya terasa berserabut.

'Tuhan..tolong aku..' Sahara merintih dalam diam.

4 comments:

ct said...

chaaayuk2
smbung lg la

tim said...

yea..hati kita semua milik-Nya..mintalah pd DIA pasti tidakkan akan kecewa..letaklah pengharapan hnya pd-Nya

nana_yoong said...

lelaki...entah ape yg dicarinya..sudah dapat yang sempurna, masih mencr yang dia anggap lebih sempurna..padahal diri x sebaik mana...

ingatla lelaki...mendapatkan orang yang sempurna x la seuntng mana krn org2 yang menganggp dirinaya sempurna akan melunturkan kesempuarnaan yang ada dalam diri kita..

entah ape yg aku mmbebel ni, mgkin hanya aku sorg yang fhm..

(Benarlah kata orang, cinta waktu didambakan pasti lebih harum dari bunga..
Jika tidak diperlukan lebih hina dari najis..
Datang tanpa dipinta..pergi dalam terpaksa.)

yup da lelaki seperti ini akan xpernah puas dengan ape yg ade..

writer nak next n3..sy akan sokong citer ni.. hehehe

muhamad zarir said...

dear writer...tak mau sambung lagi ke...tak mau wat happy ending ke...sesungguhnya tuhan itu maha adil...ape yg penting kite saba n berharap...