Sahara pasrah.
Namun, andai kali ini perpisahan itu benar-benar berlaku, terlalu sukar memadamkan ingatan tentang seorang itu. Memori susah senang selama 5 tahun bersama ligat di layar fikiran. Kalaulah punya cara dari pakar Neuro, pasti akan dilaluinya demi meluputkan kenangan tentang semua ini.
Biar akhirnya kosong.
Biar akhirnya tenang.
"Terpulanglah kakak, but he's not doing the right thing to you.."
Suara En.Hussain kembali mengheretnya ke alam nyata. Terasa seolah beban kian menghimpit rongga pernafasan.
Sendat. Ketat.
Air mata Sahara mengalir untuk kesekian kalinya.
Memang betul kata En.Hussain. Zain terlalu mementingkan dirinya sehingga dia lupa ada jiwa yang sengsara. Konon seolah semuanya disebabkan Sahara yang belum bekerja. Perkahwinan yang bakal berlangsung kurang dari jangkamasa sebulan kini ingin ditunda. Alasan yang terlalu rapuh. Masakan sehingga waktu begini baru terfikir tentang perkara itu.
Sebelumnya, Zain beriya ingin memutuskan pertunangan. kini ingin ditunda pula. Pusing pening memikirkan ia. Terlalu berbelit-belit penyataan Zain.
Namun jauh di sudut hati, naluri kewanitaan Sahara kuat mengatakan Zain kini punya penggantinya. Cuma tiada bukti pasti.
Masih terngiang janji Zain awal tahun dahulu,
"Abang tersilap Sahara. Abang tak sengaja. Mungkin kerana jarak antara kita membuatkan abang lupa. Perempuan itu bukan siapa-siapa. Abang tetap sayangkan Sahara seorang. Abang sayangkan Sahara sampai bila-bila. Abang janji, hanya Sahara di hati abang."
Perit.
'Terima kasih abang. Terima kasih kerana berjanji dan memungkiri', Sahara menggumam sendirian. Alangkah baiknya jika dia tidak berjanji. Janji itu terlalu merobek hati dek kerana gagal dikotakan.
Sudahlah awal tahun lalu Sahara hampir hilang arah dek kerana perbuatan Zain berhubungan dengan perempuan lain di belakangnya. Kini sejarah yang sama mungkin berulang.
'Beratnya ujian Allah yang satu ni'. Hatinya bermonolog lagi.
Sahara menghela nafas perlahan-lahan. Seolah-olah ingin dilepaskan beban itu semahunya. Tapi apakan daya kudrat seorang 'Sahara'. Dia hanya insan yang lemah yang hanya mampu berserah. Saat itu jasadnya seperti kosong. Lohong. Puan Salmah hanya mampu mengusap-usap lembut rambut anak kesayangannya itu.
"Kakak sedih abah, mama. Kakak letih..."
Sayu hati En.Hussain melihat keadaan Sahara. Sesakit manapun hatinya mengenang nasib Sahara, dia pasti anak gadisnya itu lebih menderita.
Sesekali terlintas juga rasa terkilan dibenaknya. Bakal menantu yang dibanggakan dulu kini betah mencalit arang ke mukanya sekeluarga. Masakan tidak, tetamu sudah dijemput, khemah sudah disewa, lembu sudah ditanda, kini bakal menantu tak bersedia. Dia seolah yakin, ini bukan semata kerana Sahara.
Dia mencurigai sesuatu..
Monday, November 3, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
Nice Story..gaya bahasa yg menarik dan tersusun..leh jd novelis..hehe..percubaan yg bagus..mana kesinambungannyer..sudah lama tggu ni..:)
pasti akan datang..
diharap bersabar..
terima kasih atas sokongan! =)
Ermm...best2...5 thn..lama tuuu...nk kena follow ni
ceta yg menarik ...penuh simbolik n puitis ... teruskan berkarya
:)atie md
nice story...tersentuh hati...manusia memang mudah lupe...
ish...sebijik mcm my love story..bukan my love sebenarnyer..my x-love story..hehehehe..sedihnyer..part dialog tuhh..terinagt plak kisah setahun lalu..teruja nak bace ni..writer cepat2 tulis ye.hehhe
Post a Comment